Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Halloween, Kostum & Topeng Pembunuh Bersiri Jeffrey Dahmer Dilarang Dijual

Maliah Surip
25/10/2022 14:55 MYT
Dokumentari pembunuh bersiri Dahmer - Monster: The Jeffrey Dahmer Story yang ditayangkan Netflix ternyata meninggalkan impak tersendiri dalam kalangan penonton, pengkritik sehingga penggemarnya.

Lantaran hal itu, menjelang Halloween yang biasanya disambut pada akhir Oktober, pihak berkuasa mengharamkan penjualan kostum atau barangan berkaitan Dahmer untuk perayaan tersebut.

CNN melaporkan, kostum dengan tema pembunuh bersiri Dahmer dilarang dijual termasuk di platform jual beli online eBay. Dan eBay dikhabarkan telah ‘membuang’ sebuah barangan berkaitan dengan pembunuh kejam itu.

Platform jual beli online itu menerusi keterangannya juga mengatakan mereka dilarang menjual produk yang ‘mempromosikan atau mengagungkan jenayah terhadap manusia atau haiwan’.

Itu termasuklah jenayah seperti pemerkosaan, seksaan, kamar mayat, mayat atau bahagian tubuh orang mati.

Selain kostum, topeng aktor Evan Peters yang memainkan peranan Dahmer dalam siri tersebut juga dilarang dijual.

Dahmer - Monster: The Jeffrey Dahmer Story menceritakan tentang cara Dahmer (Evan Peters) membunuh dan mengawetkan sekitar 17 lelaki yang menjadi mangsanya dalam jeda tahun dari 1978 dan 1991.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Hollywood #Kostum #Halloween #Jeffrey Dahmer #Pembunuh Bersiri
;