Hamidah Wahab Terima Bayaran Berlakon Rendah, Akui Harga Ikan Di Pasar Lebih Mahal
Izwan Isa
20/01/2022 00:50 MYT
20/01/2022 00:50 MYT
Isu bayaran bagi para pelakon senior bukanlah satu isu baharu. Sejak dahulu lagi, kebanyakan artis berpengalaman merungut tentang bayaran yang diberikan oleh pihak produksi yang dirasakan tidak setimpal dengan pengalaman.
Hal ini turut dialami oleh pelakon senior Hamidah Wahab. Aktres yang berusia 66 tahun itu berkata, dia berasa sangat kecewa dan sedih apabila memikirkan soal bayaran, memandangkan bayaran yang diterimanya sangat rendah berbanding pelakon baharu.
“Apa yang boleh saya katakan, bayaran yang saya dapat sebagai pelakon senior lebih sedikit dan rendah berbanding pelakon-pelakon baharu. Pelik juga kenapa kami menerima bayaran yang rendah.
“Sejujurnya, saya sedih dan terasa hati. Bayangkan, sudah lama berkarya sebagai pelakon, namun akhirnya, kelibat dan bakat kami tidak dihargai,” katanya.
Selain itu, Hamidah turut menyifatkan bayaran bagi upah berlakon yang diterima adalah lebih rendah berbanding harga ikan yang dijual di pasar.
“Harga ikan yang dijual di pasar pun lagi mahal daripada bayaran pelakon veteran. Mungkin ramai yang anggap bayaran pelakon veteran lebih mahal, namun tidak sama sekali,” katanya lagi.
Pelakon yang memulakan kerjaya sebagai peragawati sekitar tahun 1970-an itu berkata, pelakon baharu hari ini juga ada yang tidak mengenali pelakon veteran ketika sama-sama menjalani penggambaran.
Dalam pada itu, Hamidah yang ditemui di restoran Dulang café di Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini turut melahirkan rasa kecewa apabila ada sebilangan pelakon baharu dilihati tidak menghargai bakat lama seperti dirinya.
“Saya akui ada pelakon baharu tidak mengenali saya. Apabila kita memperkenalkan diri, baru mereka tahu saya juga adalah pelakon.
“Sejujurnya, kami bukan minta disanjung, namun, cukup sahaja dengan rasa hormat dengan artis veteran yang telah lama berada dalam industri,” katanya.