Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya sudah memasuki 32 minggu.

Zahirah yang kini berada di Perth, Australia ditemani suami, Aiman Hakim Redza dan keluarga gembira memberitahu berat badannya naik sehingga 10 kilogram (kg).

“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” katanya.

Zahirah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama Aiman sedang berada di tepi pantai.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata sulung pasangan tersebut.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Zahirah nanti dipermudahkan.

“Tak sabar menanti kelahiran si kecil,” komen salah seorang warga maya.

“Semoga baby dalam kandungan sentiasa sihat,” doa salah seorang netizen.

“Semoga semua urusan dipermudahkan,” kata salah seorang pengikutnya.

Bulan lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga Zahirah selamat melahirkan.

Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya.


A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)