Hiburan
Hamil 4 Bulan, Emma Maembong Mohon Doakan Yang Baik-Baik
Pelakon Emma Maembong mengesahkan dirinya sedang hamil empat bulan dan memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buat dia dan bayi.
Emma yang sedang berbulan madu bersama suami di Langkawi berkata, dia sedang melalui detik terindah dalam hidunpnya.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan. Usia kandungan saya kini sudah memasuki awal trimester kedua iaitu 20 minggu, 2 hari.
“Doakan yang baik-baik ya. Insyallah tak sabar nak menyambut cahaya mata sulung kami. Suami saya pun sama teruja.
“Inilah nikmat terindah sejak bergelar isteri. Selalu asyik dengar cerita orang lain dan adik-beradik saja…Sekarang saya sedang melalui fasa indah ini,” katanya yang dijangka bersalin November depan.
Semalam, Emma yang bernikah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu, berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG).
Emma turut memuat naik beberapa keping foto yang menampakkan ‘baby bumpnya’ di IG Story.
Dalam pada itu di ruangan komen, selain ucapan tahniah warganet turut meneka Emma dan Shazli bakal menimang cahaya mata kembar memandangkan suaminya memiliki saudara kembar, Muhammad Shaznin Azhar.
Must-Watch Video