Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NUSANTARA

Hamil 4 Bulan, Isteri Baim Wong Mengidam Buah Sukun

Amri Hassan 08/08/2019 | 05:03 MYT
Pelakon Indonesia, Baim Wong mengakui berdepan kesukaran untuk melunaskan keinginan isterinya, Paula Verhoeven yang mengidam buah sukun.
Kata pelakon drama Bukan Aku Cinta itu, dia buntu apabila isterinya yang kini sedang hamil empat bulan tiba-tiba memintanya untuk mencarikan buah tropikal itu.
"Mengidamnya sukun, hebat sungguh tiba-tiba mahu sukun. Hendak mencarinya itu sampai ke sana sini. Bingung saya," kata Baim.
Bagaimanapun, Baim beruntung apabila ada antara peminatnya yang prihatin menghantarkan buah terbabit ke kediaman mereka selepas menyaksikan vlog pasangan terbabit.
Bukan itu sahaja, ada antara peminat yang menghantarkan hidangan yang berasaskan buah sukun yang telah diproses.
"Ramai yang datang menghantarkan buah sukun ke rumah kami malah ada yang sudah digoreng. Jadi saya makan yang sudah siap digoreng saja," tambah Paula.
Ini merupakan kehamilan kedua Paula selepas gugur kali pertama seperti yang diedahkan Baim pada Mei lalu.
Baim dan Paula telah berkahwin pada November 2018.
Sumber: Liputan 6
#Baim Wong #Paula Verhoeven #Sukun