,
Laman Utama

Hamil 5 Bulan, Ernie Zakri Masih Kerja Kuat Sampai Tak Cukup Rehat - "Sakit Rahang & Susah Bernafas Macam Banyak Asap Dalam Dada"

Amri Hassan
20/10/2021
13:25 MYT
Penyanyi Ernie Zakri terpaksa membatalkan salah satu programnya semalam disebabkan keadaan dirinya yang tiba-tiba jatuh sakit disebabkan penat bekerja.
Antara simptom yang dialami Ernie adalah sesak nafas, muntah dan sakit rahang hingga ke kepala.
"Tewas lagi, kembali ke KL dari Pulau Pinang, esoknya terus pergi kerja. Bangun pukul 10.30 pagi dan habis kerja 12 tengah malam.
"Saya rasa saya patut ambil berat dengan diri saya sendiri. Mesti baby dalam perut pun sedih ibu dia tak rehat semalam.
"Bangun pagi tadi dengan rasa sakit dada, sakit yang susah nak bernafas seperti macam banyak asap dalam dada.
"Rahan sakit sangat sampai kepala, muntah tak berhenti, sampai kena batalkan salah satu acara pada hari ini," ceritanya menerusi perkongsian di Instagram Stories.
Justeru, Ernie memohon maaf kepada semua pihak atas keadaan dirinya yang tidak mengizinkan selain memaklumkan akan lebih selektif dalam memilih kerja.
"Maafkan saya, kasihan pengurus saya kena jawab dengan produksi dan minta maaf juga kepada produksi.
"Perlahan-lahan harus akui yang saya bukan lagi Ernie yang sebelum mengandung. Masih in denial kebanyakan waktu.
"Kena betul-betul memilih dalam kerja lepas ni. Doakan saya semua. Saya akan berehat sampai esok dan menjaga anak cinta sayang dalam perut ini," tambahnya.
September lalu, Ernie mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan.
Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.