Hiburan

Hamil 5 Bulan, Feeya Iskandar Nak Baby Girl - "Tapi Tak Nak Letakkan Harapan Yang Tinggi ..."

Zulaikha Yusof
13/10/2020
02:40 MYT
Penyampai radio Feeya Iskandar, 31, mendedahkan dia kini sedang hamil lima bulan untuk anak ketiga.
Menurut Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah berkata dia tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira itu daripada umum.
Namun, dia lebih selesa untuk berkongsi sekiranya ada yang perasan atau mengajukan tentang kehamilannya.
"Sebenarnya saya bukan sorok atau nak rahsiakan, tapi selagi tak ada orang yang bertanya... saya diam saja la.
"Anak kedua saya pun tahun hadapan dah tiga tahun... jadi, rasanya dah tiba masa yang sesuai untuk anak yang ketiga pula.
"Saya sendiri pun tak merancang untuk hamil tapi anggap Allah berikan rezeki.
"Sebelum ini, saya pernah juga bagi hint dekat laman sosial tapi hanya beberapa orang perasan.
"Ada yang bertanya saya mengandung ke bila buat video dalam keadaan letih tapi saya cuba elak nak jawab. Biarlah menjadi satu kejutan untuk semua orang," katanya kepada Gempak.
Feeya ditemui ketika malam Finale Suria Duo X yang diadakan di Dewan Kristal, Pusat Konvesyen TM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

4 thn yg lepas..ngandung kan adam malique.tahun ni?????

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

Dalam pada itu, pemilik nama Nor Shafiza Iskandar Azizan mengakui dia menyimpan harapan untuk mendapat anak perempuan kali ini.
"Sudah tentu harapan saya untuk dapat anak perempuan memandangkan kedua-dua anak saya lelaki. Tapi saya tak nak letakkan harapan yang tinggi dan tak suka nak berharap sangat.
"Bagi saya, tak kisah la jantina lelaki atau perempuan sebab yang paling penting bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat dan tiada masalah.
"Tapi kalau belum ada rezeki saya nak dapat anak perempuan, tak apa la... kita boleh mencuba lagi selepas ini," katanya lagi.
Feeya mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Wahab atau Rashid pada 6 Mei 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Hiburan

Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

gempak
20/07/2024
00:13 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa yang kini hamil anak pertama berkongsi pengalaman berdepan dengan alahan.
Hiburan

Netizen Risau Intan Najuwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan

gempak
18/07/2024
21:55 MYT
Pelakon Intan Najuwa memahami kebimbangan segelintir netizen mengenai perkongsian tentang kehamilannya menerusi hantaran di Instagram.
Hiburan

Dakwaan Isteri Kini Sedang Berbadan Dua, Hafidz Roshdi Tampil Beri Respons

gempak
14/07/2024
01:55 MYT
Mendapatkan jawapan Hafidz sendiri, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kepada pihak media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistriet Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.
Viral

5 Tahun Menunggu, Kieda Crepe Hamil Anak Ketiga

gempak
08/07/2024
03:55 MYT
Pemilik perniagaan pencuci mulut, Kieda Crepe menzahirkan rasa syukur selepas dia disahkan hamil.