Hamil 5 Bulan, Oki Setiana Dewi Dah Cari Nama Anak

Syafiqah Jalal
Julai 13, 2020 05:57 MYT
Pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi mengumumkan dia kini hamil anak keempat.
Oki berkata usia kandungannya kini sudah memasuki lima bulan dan dijangka bakal menyambut cahaya matanya itu pada Oktober atau November ini.
“Ini (foto imbasan bayi) adik Ibrahim, Khadeejah dan Maryam...
“Bulan lalu masuk 17 minggu, sekarang sudah 5 bulan. Insya-Allah akhir Oktober atau awal November lahir,” katanya.
Bekas juri Gema GegaVaganza itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia berkongsi foto imbasan bayi keempatnya yang kini masih dalam kandungan.
Dalam kemas kini yang sama, Oki sempat bertanyakan pendapat pengikutnya untuk mengusulkan nama yang sesuai untuk bayinya itu.
“Nak kasi nama apa ya sahabat? ada usul nama untuk adik ibrahim?
“Sekarang sudah ada 7 Abdullah (Hamba Allah) dikeluarga kami,” beritahunya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang cuba mengusul dan memberi idea untuk nama anaknya itu.
Oki mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
#Anak #Hamil #Hamil #Oki Setiana Dewi #NAMA