Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hamil 7 Minggu, Isteri Nubhan Alami Keguguran - "Tak Ada Rezeki Anak Ke-3"

ZULHILMI JALIL
23/01/2021 02:45 MYT
Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi berita sedih apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila isteri mengalami keguguran baru-baru ini.

Menurut Nubhan, 35, isterinya itu mengalami pendarahan selepas tujuh minggu kehamilan.

"Tak ada rezeki anak ketiga. Gugur buat kali yang kedua. Usia kandungan tujuh minggu, jadi kena berpantang ringan-ringan," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram TV miliknya.

Dalam video tersebut, Nubhan turut berkongsi rakaman momen gembiran ketika mendapat perkhabaran isterinya hamil menerusi kit ujian kehamilan.

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)


Video berdurasi lebih dua minit itu turut memperlihatkan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek melakukan pemeriksaan kandungan selepas mengalami pendarahan.

"Tak ada rezeki, baby dah keluar," kata Nubhan ketika memeluk isterinya selepas disahkan kandungan gugur.

Gempak cuba menghubungi Nubhan menerusi WhatsApp, namun, sehingga artikel ini ditulis, bintang Akademi Fantasia itu masih belum memberikan respons.

Sebelum ini, isterinya pernah mengalami keguguran pada 2016.

Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada Ogos 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mara, Aafiya Kamilia, 4 dan Ahmad Aaffan berusia dua tahun.

#Penyanyi #Anak #Hamil #Keguguran #Nubhan #Nubhan Ahamad #Dr. Afifah Tawfek
;