Hamil Anak Ke-4, Nurul Syuhadah ‘Consult’ 3 Doktor Sebelum Vaksin
Syafiqah Jalal
08/07/2021 01:08 MYT
08/07/2021 01:08 MYT
Pengacara jelita, Nurul Syuhadah bersyukur apabila dia kini sudah melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19 jenis Pfizer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.
Nurul memaklumkan dia yang kini sedang hamil anak keempat telah mendapat nasihat daripada tiga orang doktor sebelum mengambil vaksin berkenaan.
Menurut Nurul dia terpaksa mendapat nasihat doktor kerana terlalu bimbangkan akan kesihatan dirinya dan bayi yang kini sudah berusia 27 minggu dalam kandungan.
“Alhamdulillah completed the second dose today.
“Sampai 3 orang doctor saya consult ni. Yes I was worried just like others too.
“But Thank you for these doctors for layan my concern and soalan bijak dan tak berapa bijak saya with facts and figures.
“Saya berikhtiar dan bertawakal. For me and my baby,” katanya.
Pengacara Salam Duha itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama birasnya yang juga turut sudah melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19.
Nurul mendirikan rumah tangga dengan suaminya Raja Amir Raja Raja Azwa pada tahun 2011 dan mereka dikurniakan sepasangan anak kembar dan seorang anak lelaki.