Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Hamil Anak Kedua, Elisya Sandha Alami Alahan Teruk - “Rasa Tak Mampu Puasa Penuh, Tapi Saya Cuba…”

Umirah Halim 03/03/2025 | 14:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha mengakui bukan mudah untuk melalui proses kehamilan anak kedua disebabkan mengalami alahan yang teruk.

Alami alahan teruk

Menurut Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, dia mungkin tidak dapat berpuasa penuh setiap hari sepanjang Ramadan tahun ini.

“Ketika mengandungkan Bunga (anak pertama) saya dapat berpuasa penuh. Tak tinggal satu hari pun. Saya sangat gembira kerana itu memang sasaran saya pada waktu itu.

“Namun, pada kehamilan kali ini, jika lihat pada gaya, saya rasa tak mampu nak berpuasa penuh tapi saya akan tetap cuba. Kali ini, saya cepat penat dan ada alahan yang agak teruk.

“Tak sama ketika mengandungkan Bunga. Dahulu, proses kehamilan agak lancar tapi kali ini sangat berbeza. Cuma kali ini, perut saya agak kecil tapi digantikan dengan alahan, bengkak kaki dan mudah penat,” katanya ketika ditemui Gempak.

Ketika disoal mengenai jantina anak, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu bagaimanapun masih merahsiakan perkara tersebut termasuk ibu mentuanya, Sheila Rusly.

“Jantina anak kita belum maklumkan lagi. Kita akan adakan majlis gender reveal selepas Hari Raya. Mak mentua saya pun belum tahu lagi. Cuma saya dan suami sahaja yang tahu.

“Buat masa ini, kami memang nak merahsiakan walaupun ibu mentua saya cuba korek,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Bunga yang kini berusia dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar Perjanjian, Suami Elisya Sandha Failkan Tuntutan RM808,260 Terhadap Syarikat Wak Doyok

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Suap Elisya Sandha Makan, Netizen Labelkan Sheila Rusly Sebagai Mentua Yang Baik - “Seronoknya…”

#Hamil #Alahan #Sandha #Elisya #Teruk