Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Hamil Anak Kedua, Scha Alyahya Dalam Fasa Benci Telefon

Mya Amri 08/08/2020 | 12:07 MYT
Pelakon Scha Alyahya memaklumkan bakal menimang cahaya mata kedua pada Khamis.
Sudah memasuki usia empat bulan kehamilan, Scha akui kini berada dalam fasa tidak suka memegang telefon.
Scha mendedahkan perkara itu menerusi coretan terima kasih di ruangan Insta Story miliknya.
“Salam, terima kasih atas ucapan dan doa dari anda semua. Alhamdulillah, syukur.
“Maaf saya tidak memeriksa telefon atau memuat naik perkembangan terbaharu. Saya sangat bencikan telefon buat masa ini, saya benar-benar maksudkannya,” coret Scha.
BACA: “Doakan Mommy Dan Baby Sihat” – Lara Nak Dapat Adik, Scha Alyahya Kini Hamil Empat Bulan
Dalam pada itu, pelakon Dynas Mokhtar juga mengiyakan perkara itu menerusi posting terbaharu di Instagram.
“Yeay. InsyaAllah, ada gang nanti. Sorry aunty Scha, saya tahu awak tidak sukakan telefon atau pun mengambil gambar buat masa ini tetapi saya harus memuat naik foto ini. Selamat hari jadi sekai lagi Auncle Awal,” tulisnya.

Yeayyy Insyallah I got geng nanti!!! Can’t wait ! @edriel_obil @schaalyahya . Sorry Aunty Scha ,I know you don’t like phones or taking pictures now but I just had to post this pic ! Happy birthday again Uncle @awalashaari

A post shared by dynas mokhtar (@dynasmokhtar) on

Coretan itu disertakan dengan foto Scha sedang tersenyum manis sambil memangku anaknya, Edriel Obil.
Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 6.
#Scha Alyahya #Hamil #Hamil
;