Hamil Anak Kembar, Sung Yuri Cerita Pengalaman Alahan
Maliah Surip
16/07/2021 14:20 MYT
16/07/2021 14:20 MYT
Bukan seorang, tetapi Sung Yuri akan dikurniakan sepasang kembar selepas sabar menanti zuriat sejak berkahwin pada tahun 2017.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh anggota Fin K.L yang juga merupakan aktres itu melalui surat yang dikemas kini dalam akaun Instagram peribadinya, semalam.
Yuri menyapa peminatnya dengan berharap semua berada dalam keadaan baik sebelum menyambung surat mengatakan ingin menyampaikan sebuah khabar gembira kepada mereka.
"Akhirnya anak kecil ini berjaya menemukan kembaranya ke keluarga kami. Dan bukan seorang, tetapi sepasang kembar akan bersama kami," umum Yuri seperti dilaporkan Soompi.
Yuri yang mengahwini pemain golf itu kemudian menyambung dirinya masih tidak percaya akan bergelar ibu tidak lama lagi.
Dia pun menceritakan telah mengalami alahan pada makanan, termasuk air minuman yang didakwanya sebagai 'bermasalah' dengan tekak dan badannya.
"Saya berasa sudah masanya untuk menjadi ibu selepas banyak perubahan terjadi kebelakangan ini. Saya tidak boleh menikmati makanan dengan baik malah air pun rasa tak sedap.
"Perjalanan menjadi seorang ibu sangat sukar dan saya sangat menghormati semua ibu di dunia," katanya lagi.
Dalam surat yang sama, Yuri mengumumkan telah memberi nama panggilan manja buat sepasang kembarnya itu. Mereka diberi nama Love dan Happiness.
Menutup bicara, dia meminta agar semua peminat mendoakan agar kandungannya baik dan dia selamat melahirkan pasangan kembar yang telah lama dinantikan itu.
Kredit Foto: Soompi