Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Hamil Anak Pertama, Raisa Pilih 'Berhenti' Daripada Bidang Muzik

Rozaimi Zubaidi 19/10/2018 | 10:50 MYT
Penyanyi Indonesia, Raisa mengakui mahu berhenti seketika daripada bidang muzik kerana ingin memberi fokus pada kandungannya.
Menerusi laporan wowkeren.com, Raisa menjelaskan dia mahu mendapatkan rehat yang secukupnya kerana risau sesuatu buruk akan berlaku pada kandungannya jika terlalu sibuk dengan kerjayanya.
"Saya bukan mahu berhenti sebaliknya ingin berehat seketika untuk memberi keutamaan pada kandungan.
"Tidak tahu berapa lama saya akan berehat dan bila akan kembali semula aktif untuk menyanyi.
"Mungkin sebelum ini keutamaan saya pada nyanyian jadi selepas ini keutamaan saya adalah pada keluarga," katanya.
Pada Ogos lalu, Raisa berkongsi berita gembira dengan peminatnya apabila mengumumkan bahawa dirinya telah hamil anak pertama menerusi sepotong video yang dimuat naik di YouTube miliknya .
Raisa dan suaminya, Hamish Daud telah melangsungkan pernikahan pada awal September tahun lalu.
#Penyanyi #Penyanyi #Raisa
;