Pelakon drama Korea popular Winter Sonata, Choi Ji Woo kini dilaporkan hamil anak pertama.

Berita gembira itu disahkan oleh agensinya, YG Entertainment menerusi satu kenyataan.

“Kami ingin mengumumkan berita gembira, artis di bawah naungan kami, Choi Ji Woo diramal bakal bersalin pada bulan Mei tahun depan.

“Ji Woo menyatakan rasa syukur ‘hadiah’ paling bermakna yang diberikan Tuhan buat dirinya. Ji woo berada dalam keadaan sihat dan dia memberikan fokus untuk menjaga bayi di dalam kandungan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata positif kepada Ji Woo,” ujar wakil agensinya.

Terdahulu, Ji Woo telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan pada Mac 2018.

Selain Winter Sonata, Ji Woo mula dikenali selepas muncul dalam drama terkenal Stairway to Heaven pada tahun 2003.

Sumber: Soompi