Pelakon Faye Kusairi mengesahkan dia kini hamil empat bulan.

Ketika dihubungi Gempak, Faye mengatakan dia mengalami alahan yang lebih teruk berbanding kehamilan pertamanya sebelum ini.

"Saya mengalami alahan yang teruk dalam kehamilan kali ini, apa yang boleh saya katakan, ia lebih teruk berbanding kehamilan saya yang pertama dahulu.

"Dalam trimester pertama, saya hilang selera makan dan hanya kerap makan gula-gula dan minum air kosong sahaja.

"Perkara itu telah membuatkan berat badan saya menurun sebanyak 4 kilogram," jelasnya.







Walaubagaimanapun, Faye bersyukur kerana keadaannya kini beransur baik dalam trimester kedua.

"Saya bersyukur kerana keadaan saya bertambah baik dalam trimester kedua ini.

"Walaupun ada lagi makanan yang saya tak boleh makan, tetapi keadaan kesihatan saya tidaklah seteruk yang dialami pada trimester pertama," tambahnya.

Terdahulu, Faye mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Azmi pada April 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum ini, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.