Hamil Kali Ini Diana Alami Alahan Teruk, Kasihan Saya Tengok - Zamarul Hisham

Syafiqah Jalal
Julai 12, 2017 04:56 MYT
Pelakon Zamarul Hisham memberitahu isterinya, Diana Rafar yang kini hamil anak kedua mengalami alahan teruk.
Zamarul yang ditemui ketika penggambaran filem Blok 404 mengakui berasa risau dengan keadaan isterinya itu.
"Diana mengalami mabuk yang sangat teruk berbanding hamil anak pertama, Kashfi Haiqal.
"Dia asyik terbaring sehingga tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja dan hanya berehat sepanjang hari.
"Sebagai suami sudah pasti saya berasa kasihan dan risau melihat keadaan Diana.
"Kandungan Diana kini dah masuk tujuh bulan dan saya harap peminat dapat mendoakan kesihatannya.
Bagaimanapun Zamarul tidak mendedahkan jantina anaknya.
"Jantina? Rahsia, rezeki tuhan kita tunggu sahajalah nanti," ujarnya tersenyum.
Dalam perkembangan terbaru, filem Blok 404 yang dibintangi oleh Zamarul Hisyam, Raja Azrey, Datuk Boy Iman, Nabila ini dijangka bakal ditayangkan pada Disember 2017.
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Zamarul Hisham #Diana Rafar