Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Hammad Anak Soleh, Sentiasa Melazimi Solat Walau Tenat" - Dr Zulkifli Dedah Punca Kematian Anak

Amri Hassan
03/10/2022 06:25 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil berkongsi kisah mengenai kematian anaknya, Hammad Zulkifli pada pagi Ahad.

BACA: "Air Mata Deras Mengalir Saat Hammad Hembuskan Nafas Akhir Di Sisi Abah" - Anak Zulkifli Al-Bakri Meninggal Dunia

Menerusi tulisannya di media sosial, Zulkifli memberitahu anak lelakinya itu menderita kanser sarcoma tahap empat.

"Anakanda saya kembali ke rahmatullah pada jam 5.22 pagi. Jam 9.45 pagi beliau disolatkan. Jam 11.30 pagi beliau siap dikebumikan. Alhamdulillah, semuanya diuruskan dengan pantas sebagaimana sunnah Nabi SAW.

"Hammad adalah anak yang soleh. Sentiasa melazimi solat berjemaah dan zikir walaupun ketika sedang tenat di atas katil.

"Alhamdulillah, beliau meninggalkan kami disisi, dalam keadaan yang amat mudah. Beliau meninggal dunia kerana kanser right soft tissue sarcoma stage 4-5," ujarnya.

Zulkifli turut mengutuskan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Allahyarham Hammad.

"Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu samada secara langsung atau tidak langsung, bermula daripada pemandian jenazah sehinggalah kepada pengebumian.

"Kematian menyedarkan kita bahawa kehidupan yang hakiki sebenarnya bermula selepas nafas terhenti," tulisnya.

A post shared by Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzulkifli.albakri)


Al-Fatihah buat Allahyarham Hammad.

#Anak #Meninggal Dunia #Kanser #Menteri #Agama #Hammad Zulkifli #Sarcoma #Zulkifli Al Bakri