Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Hampir 12 Tahun Berkhidmat, Aaron Aziz Ucap Tahniah Untuk Perkahwinan Pembantu Rumah

Asraf Aided
18/06/2019 12:35 MYT
Pelakon Aaron Aziz mengucapkan tahniah kepada pembantu rumahnya, Nopikah Kardi yang baru berkahwin dengan pilihan hatinya.

Menurut Aaron, Nopikah merupakan seorang yang bertanggungjawab dan setia berkhidmat kepada keluarganya selama hampir 12 tahun.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"For almost 12 years of loyal service to my family, I'm happy she is happily maried of her choice.

"Tahniah Nopikah Kardi, saya doakan moga Allah merahmati pernikahan kamu dan berikan kamu dengan keluarga kamu kebahagiaan dan kesejahteraan dunia akhirat.

"Selama 12 tahun bekerja siang dan malam, seorang yang bertanggungjawab, amanah, tidak pernah sekali saya dengar cerita tentang hal-hal rumah tangga saya dari orang lain. Selamat pengantin baru Nopikah dan Tedy," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan kapsyen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dengan turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

For almost 12yrs of loyal service to my family, I’m happy she is happily married of her choice. Tahniah @nopikah_kardi Saya doakan moga ALLAH SWT merahmati pernikanhan kamu dan berikan kamu dgn keluarga kamu kebahagiaan Dan kesejahteraan Dunia akhirat. Selama 12 tahun bekerja siang Dan malam. Seorang yg bertanggung jawab, amanah, tidak pernah sekali saya dgr cerita tentang Hal Hal rumahtangga saya dari orang lain. Selamat Pengantin Baru Nopikah & Tedy. #abghappy #abgsedihtengokDahlianangis #abgfirsttimekatcirebon #Abgnakraya #Abghappytakdiberibajupink #abgrasamcmGiant #abgmatchingngacarpet #bukanabgygkahwin #abgpakaibiruyeayyyy #abgpakaibungalapulak

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on


Sedikit info mengenai Aaron, pelakon kelahiran Singapura ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Aaron Aziz
;