Pelakon Sari Yanti akhirnya memperkenalkan cahaya mata kelimanya selepas hampir dua bulan selamat bersalin.

Cahaya mata ketiga hasil perkahwinannya dengan pelawak Jep Sepahtu itu diberi nama Abu Bakr Mohd Nadzri.

“Assalammualaikum semua. Nama saya Abu Bakr bin Mohd Nadzri. Introducing my number 5,” katanya.

Sari berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama Sari memuat naik wajah anak lelakinya itu.

Sari melahirkan bayi anak bongsunya itu pada 15 Mei lalu selepas melahirkan anak keempatnya 11 bulan sebelum itu.

Untuk rekod, Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada Februari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Dariya Inara, 3, dan Muhammad Kidir yang baru mencecah usia setahun bulan lalu.

Menerusi perkahwinan Sari yang pertama dia dikurniakan dua orang anak lelaki bersama bekas suaminya.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)