Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

Hampir 20 Tahun Menyepi, Krisya Eksklusif Comeback Nyanyi Live Lagu Keluang Man Di GMWA 2024

Maliah Surip 23/02/2025 | 01:55 MYT
Generasi kini barangkali tidak mengenali dan akan tertanya-tanya siapa penyanyi wanita bernama Krisya. Krisya, satu nama yang asing buat generasi kini tetapi tidak dalam kalangan generasi milenial.

BERITA TRENDING: S.O.G & Krisya Jadi Pilihan OST Keluang Man, Netizen Approved! - “Power! Begini Punya Nyanyian, Dah Boleh Bawa Masuk Bertanding Lagu Ni”

Apabila menyebut nama Krisya akan terbayang seorang gadis manis yang membawakan lagu runut bunyi animasi kebanggaan Malaysia, Keluang Man.
Setelah bertahun-tahun meninggalkan bidang seni, Krisya membuat comeback selepas kembali dilamar menyanyikan lagu tema Keluang Man yang kini digarap dalam versi filem.
Lebih menarik, Krisya membuat persembahan pertama secara eksklusif pada malam Gempak Most Wanted Awards 2024 mendendangkan lagu Keluang Man bersama band Sekumpulan Orang Gila (SOG).
“Sejujurnya saya sangat berdebar kerana sudah hampir 20 tahun tidak menyanyi di atas pentas. Menyanyi pun tidak, jarang sangat. Walaupun peluang ini mengejutkan bagi saya, saya sangat teruja untuk membuat persembahan di Gempak Most Wanted Awards,” ujar Krisya kepada Gempak.
Pemilik nama sebenar Krisya Norsabrina Roslan ini memberitahu ‘kepulangan’ ke ranah hiburan kerana usaha keras dan pujukan pihak Astro yang berjaya mencarinya demi membolehkan dirinya kembali membawa lagu Keluang Man.
“Saya harus berterima kasih kepada Astro kerana usaha keras mencari saya dan meminta saya kembali menyanyikan lagu runut Kluang Man apabila projek filem ini digarap. Saya anggap ini rezeki saya,” katanya.
Malah kata Krisya antara sebab dirinya terbuka hati membawakan Keluang Man adalah kerana lagu tersebut diberi nafas baharu yang lebih rock.
“Saya suka kerana Keluang Man versi baharu ini disusun semula dan diberi nafas baharu tanpa menghilangkan melodi asal. Malah saya berganding dengan grup SOG dan lagu ini menjadi lebih rock,” katanya lagi.
Krisya dan SOG akan menjadi barisan artis yang membuat persembahan pada malam GMWA 2024 yang bersiaran langsung dari MBSA.

BERITA TRENDING: Teaser Trailer Keluang Man Bakal Ditayangkan Di GMWA24! Ramai Tak Sabar Nak Tengok Nas Jadi Borhan - “Padu! Memang Menjadi”

BERITA TRENDING: Belum Release Tapi Netizen Dah Start Teka Nama Penyanyi OST Keluang Man, Bunkface, SOG & Shila Amzah Antara Yang Dipetik

GMWA2024 bakal menampilkan Amelia Henderson dan Sean Lee dan Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Malam anugerah berprestij ini akan dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis popular, termasuk Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly dan Insomniacks, serta bakat baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Lebih istimewa, pentas GMWA2024 turut menampilkan persembahan Hujan, Diskoria dan Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid.
Pemenang 12 kategori akan diumumkan secara rasmi pada malam kemuncak GMWA2024.
GMWA 2024 bakal disiarkan secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di Astro Ria (104), On Demand, Astro GO & sooka.
Nikmati hiburan terbaik dengan Pakej Astro One bermula dari RM49.99! Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps + Pakej Entertainment hanya RM139.99/bulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.
#Penyanyi #Keluang Man #SOG #Gempak Most Wanted Awards #GMWA #GMWA2024 #Krisya