Hiburan
"Hampir 4 Bulan Ayah Terperangkap Di Bangkok Seorang Diri!" - Maya Karin
Pelakon dan penyanyi jelita, Maya Karin berkongsi kisah bagaimana ayahnya Gottfried Roelcke terperangkap selama empat bulan di Bangkok, Thailand akibat wabak Covid yang melanda seluruh dunia.
Maya Karin yang juga merupakan seorang aktivis alam sekitar berkongsi kisah tersebut di Instagram miliknya.
"Ayah saya tiba di negara asal, German sebentar tadi selepas terperangkap hampir empat bulan di Bangkok sendirian. Saya tak dapat gambarkan perasaan gembira.
"Kebetulan dia berada dalam penerbangan pulang daripada Afrika, tetapi Vietnam ditutup. Jadi dia terperangkap di Bangkok dalam tempoh yang lama," tulis Maya.
Menurut Maya, biarpun terperangkap seorang diri tetapi ayahnya tidak pernah mengeluh dengan keadaan yang dilaluinya.
"Dia tak pernah complain. I tried my best to get him here tapi undang-undang larang. No one allowed into Malaysia.
"And when allowed dia insist nak standby to be with his wife. Still cannot. Akhirnya mengalah. And he’s gone back to Germany for a while," tulis Maya lagi.
untuk rekod, Maya Karin atau nama penuhnya Maya Karin Roelcke dilahirkan di Bayreuth, Bavaria, German dan memulakan kariernya sebagai seorang model. Dia benar-benar dikenali ramai melalui filem Pontianak Harum Sundal Malam.