gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Nampaknya Yang Paling Besar, Bukan Betis Tapi Kepala” - Remy Ishak
VIRAL
Anak Usia Sebulan Jadi Mangsa Hinaan Netizen, Influencer Tampil Buat Laporan Polis - “Benci Saja Aku, Jangan Kaitkan…”
VIRAL
Prince Syed Rai Hari Jadi, Potong Kek Bertatah Emas Nilai Lebih RM200,000 - "Isteri Saya Pula Pakai Perhiasan RM2 Juta Ala Sridevi"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hampir 5 Bulan Berkahwin, Atiq Azman Umum Isteri Kini Hamil Anak Pertama - “Abang Tak Sabar Nak Tengok Sayang…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
14/07/2025
00:49 MYT
Sponsor Banner
Hampir 5 Bulan Berkahwin, Atiq Azman Umum Isteri Kini Hamil Anak Pertama - “Abang Tak Sabar Nak Tengok Sayang…”
Hampir lima bulan melayari bahtera perkahwinan, pelakon Atiq Azman berkongsi berita gembira isterinya iaitu Alia Natasha kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.

Hadiah ulang tahun kelahiran

Atiq menerusi Instagram miliknya turut meluahkan rasa syukur selain menganggap bayi yang bakal lahir itu adalah hadiah ulang tahun kelahiran isterinya yang paling bermakna.

“Happy Birthday Sayang… wanita terindah yang Allah hadirkan dalam hidup aku. Tahun ini hadiah ulang tahun sayang bukan hanya cinta abang, tapi juga amanah paling berharga.

“Zuriat yang kini dah ada dalam rahim sayang. Terima kasih sebab sabar, sebab kuat, dan sebab terus jadi cahaya dalam hidup abang,” kongsinya.

Titip doa buat isteri & anak

Pada perkongsian yang sama, Atiq turut menitipkan doa agar Allah melindungi isteri dan bayinya dalam kandungan selain ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Alia.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman Selamat Nikahi Wanita Pilihan Alia Natasha

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Bakal Jadi Ketua Keluarga" - Atiq Azman Nekad Mahu Berubah Sebelum Berkahwin

“Ya Allah, aku mohon… peliharalah isteri dan anakku dalam rahmat-Mu. Jadikan rumah tangga ini tempat tumbuhnya cinta, sabar dan syukur.

“Semoga umurmu diberkati sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu.

“Abang tak sabar nak tengok sayang jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita nanti. I love You,” katanya lagi.
Untuk rekod, Atiq mendirikan rumah tangga dengan Alia pada 22 Februari lalu selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.
Topic Berkaitan
#Hamil
#Atiq Azman
#Anak Pertama
#Alia Natasha
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement