“Hampir 60 Jam Tak Tidur…”- Vida Kongsi Rahsia Kejayaan
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mendedahkan rahsia kejayaannya selama ini dalam kerjaya dan perniagaannya.
Menurut Vida, apa yang penting untuk berjaya adalah sikap profesional dalam mengatasi emosi diri.
“Sebenarnya sudah hampir 60 jam saya tak tidur, mata tak boleh buka dan muka sembab tapi kerana komitmen dan tanggungjawab ke atas kerja saya lakukan.
“Ramai tanya macam mana saya boleh berjaya, beginilah saya…saya professional dan tidak melayan emosi yang terganggu demi kerja,” katanya.
Vida berkongsi perkara tersebut di dalam program realiti The House musim kedua (The House 2) episod lima.
The House untuk musim itu ia menyingkap kehidupan Vida sekeluarga yang ditempatkan bersama dalam satu rumah menerusi sebuah program realiti digital.