Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Hampir Dua Tahun Kahwin Tapi Masih Tiada Resepsi Untuk Peminat? Ini Penjelasan Pekin Ibrahim!

Hanafis Haris 21/02/2020 | 11:26 MYT
Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim masih tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis resepsi buat peminat biarpun perkahwinannya bersama Mona Allen telah selamat berlangsung pada Disember 2018 lalu.
Menerusi HLive! Pekin menganggap perkahwinannya itu adalah sesuatu yang agak bersifat peribadi.
"Bukannya tak nak buat resepsi ke apa, cuma soal kahwin ni sangat peribadi buat saya.
"Saya buat sederhana je yang mana termampu," katanya.
Sementara itu, ditanya perubahan yang dialami selepas memasuki alam rumah tangga, Pekin menjelaskan hidupnya kini lebih tenang.
"Paling ketara setiap kali bangun tidur, ada orang dekat sebelah.
"Lepas tu lebih gembira, tenang dan rasa lebih halal," katanya berseloroh.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Kahwin #Pekin #Kahwin
;