"Hampir Mengalir Air Mata Melihatnya Menahan Sakit Contraction" - Da'i Wan Dazrin Bergelar Bapa, Dapat Anak Perempuan

ZULHILMI JALIL
Februari 27, 2020 05:53 MYT
Pendakwah Da'i Wan Dazrin kini bergelar seorang bapa selepas isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan awal pagi tadi.
Perkara itu dikongsikan isterinya, Syahirah Zamzari menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Alhamdulillah...terima kasih kepada semua yang mendoakan.. puteri kami selamat dilahirkan 0200, 27/2/2020," tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi posting tersebut, Syahirah turut berkongsi gambar tangan anak sulung mereka tanpa mendedahkan wajahnya lagi.
Terdahulu, Da'i Wan turut berkongsi pengalamannya ketika menemani isterinya yang sedang menahan sakit contraction.
Katanya, dia hampir mengalirkan air mata melihat keadaan isterinya, Syahirah Zamzari yang terketar-ketar menahan sakit contraction.
"Hampir mengalir air mata ini melihat @syahirah_zamzari menahan sakitnya ‘contraction’.
"Syahirah kelihatan terketar-ketar badannya menahan ‘contraction’. Sememangnya ia menyakitkan. Tidak langsung boleh dinafikan. Saya yang melihat rasa tidak tertanggung sanggupnya lagi," luahnya menerusi satu entri di Instagram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Mac 2018.
Sebelum ini, Syahirah pernah mendedahkan bahawa dia menunggu selama lapan tahun sebelum berjaya memenangi hati suaminya itu.
#Pendakwah #Da'i Wan