,
Laman Utama

Hampir Seluruh Negara Akan Mengalami Ribut Petir Sepanjang Minggu Ini

Syafiqah Jalal
31/08/2022
23:24 MYT
Hampir keseluruhan kawasan di negara ini dijangka akan berdepan dengan keadaan hujan lebat dan ribut petir bagi tempoh sepanjang minggu ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dihubungi menjelaskan keadaan itu diramalkan akan membabitkan kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia serta beberapa kawasan lain.
"Tiupan angin barat daya mula mendominasi rantau negara. Sehubungan dengan itu, keadaan cuaca ribut petir dijangka berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, utara Sarawak dan barat Sabah pada sebelah pagi.
"Manakala pada sebelah petang pula ribut petir dijangka berlaku di pedalaman dan pantai timur Semenanjung Malaysia, pedalaman Sarawak dan timur Sabah," jelas METMalaysia dalam kenyataanya kepada Astro AWANI.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terbaharu juga telah dikeluarkan hari ini membabitkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Risiko Banjir & Hujan Lebat Punca Rock Warrior Music Festival Ditunda Ke Mei 2025!

gempak
11/11/2024
03:20 MYT
Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur akan ditunda tarikhnya kepada bulan Mei tahun hadapan.
Viral

Ribut Di Puncak Alam, 6 Kenderaan Dihempap Papan Tanda!

gempak
25/10/2024
11:34 MYT
Angin kencang menyebabkan papan tanda di sebuah pasar raya di Pusat Perniagaan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam roboh dan menghempap enam buah kenderaan.
Hiburan

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”

gempak
15/10/2024
05:25 MYT
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini.
Berita

Rakyat Malaysia Digesa Berjaga-Jaga Jika Bercuti Ke Selatan Thailand Sempena Deepavali - Razarudin

gempak
14/10/2024
09:25 MYT
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke sempadan Thailand diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan tujuh serangan dan pengeboman di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu.
Berita

Menteri Pendidikan Kekal Keputusan UPSR & PT3 Dimansuhkan - "Anak-Anak Bukan Tikus Makmal"

gempak
23/09/2024
10:25 MYT
Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kekal dimansuhkan dan tidak dikembalikan semula setakat ini.
Unitar