Laman Utama
Hampir Seminggu Masuk Pusat Pemulihan Dadah, Keluarga Harap Nia Ramadhani & Suami Ambil Hikmah
Pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie yang ditangkap atas kesalahan dadah jenis syabu baru baru ini sudah mula menjalani kegiatan mereka di pusat pemulihan di Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Hampir seminggu dimasukkan ke pusat pemulihan, pihak peguam Nia dan Ardi, Waode Nur Zaina memberi khabar mengenai mereka.
Menurut Waode, pasangan suami isteri yang mengambil syabu sejak lebih lima bulan lalu tersebut berada dalam keaadaan sihat.
"Alhamdulillah keadaan mereka berdua baik," ujar Waode seperti dilaporkan Detik.com.
Waode juga mendedahkan pasangan itu sudah dikunjungi keluarga. Malah keluarga sangat mendukung Nia dan Ardi.
"Alhamdulillah semua support Bu Nia dan Pak Ardi agar segera pulih, boleh kembali ke kehidupan normal, dan tidak menggunakan dadah lagi," lanjut Waode.
Waode bagaimanapun merahsiakan lokasi Nia dan Ardi yang menjalani pemulihan saat ini.
Sebelum ini media Indonesia melaporkan Nia menangis sewaktu diberi peluang melihat tiga anaknya melalui panggilan video di telefon bimbit.
Sejak dirinya dan suami ditahan, anak mereka iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie dijaga oleh keluarga Ardi iaitu usahawan Aburizal Bakrie.
Sementara itu, InsertLive melaporkan ibu Nia, Chanty Mercia berharap agar pelakon dan hos itu dapat mengambil hikmah daripada insiden yang terjadi. Biar sedih, Chanty menerima apa yang terjadi sebagai dugaan yang perlu ditempuh dengan sabar oleh keluarganya.
"Untuk anakku dan Ardi menantuku, semoga kalian boleh menjalani proses hukum yang berjalan. Doa mama selalu menyertai kalian berdua.
"Tidak ada hentinya air mata ini menangis untuk apa yang terjadi. Tapi mama tahu Allah akan menolong kita semua amin," ujar Chanty Mercia.
Pelakon Bawang Putih Bawang Merah itu ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan dadah bersama suami, Ardi Bakrie dan pemandu mereka pada 7 Julai lalu.
Kredit Foto: Republika
Must-Watch Video