Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Hampir Setahun Bernikah, Sam Bunkface Perkenal Anak Perkahwinan Kedua

Syafiqah Jalal 10/10/2021 | 07:07 MYT
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam memperkenalkan anaknya hasil perkahwinan keduanya dengan Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
Bayi lelaki itu diberi nama Idris Bin Shamsul Annuar.
“Salam Jumaat Humans!! Say hello to Idris Bin Shamsul Annuar,” beritahunya.
Sam Bunkface berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam entri tersebut Sam turut menulis tanda pagar, Alhamdululah dan doakan baik-baik.
Menerusi kemas kini tersebut dia memuat naik fotonya bersama isteri dan anak.
Pun begitu, Sam tidak memaklumkan usia bayinya itu.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah.
“Alhamdulilah, tahniah,” ucap salah seorang pengikutnya.
“Comelnya baby,” komen salah seorang warga maya.
Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom dan Puteri Eifa mendirikan rumah tangga pada Disember 2020.
Sam sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin, 33, pada 25 April 2015, namun bercerai pada hujung Januari 2019.
Menerusi perkahwinan ini, dia mempunyai seorang anak lelaki iaitu Maleeq, 3.

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)

#Kahwin #Anak #cerai #Sam Bunkface #Baby #Isteri
;