HIBURAN
Hampir Setahun, MK K-Clique Akhirnya ‘Reveal’ Wajah Aya Rayana - “Anak Dia Comel Betul”
Selepas hampir setahun, akhirnya penyanyi rap MK K-Clique berkongsi wajah anak perempuannya yang bernama Aya Rayana yang kini berusia 11 bulan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Ulang Tahun Ke-28, Isteri Hadiahkan MK K-Clique Motosikal Idaman - “Dia Kata Nak Sangat…”
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan membawa anaknya ke atas pentas ketika membuat persembahan di sebuah konsert di Putrajaya pada Jumaat.
Video yang memperlihatkan penyanyi yang juga pelakon itu membawa anak ke pentas menjadi tular di platform TikTok.
“MK K-Clique bawa anak atas pentas, sebelum memotong kek hari lahir ke-29,” tulis di video tersebut.
Rata-rata netizen di ruang komen memuji wajah Aya yang comel dan menganggap anak perempuannya itu bertuah kerana mempunyai seorang bapa penyanyi rap.
“Dia tahu tak bapa dia tu MK.
“Behave sungguh, tak takut anak dia.
“Wah dia dah reveal anak dia,” komen netizen.
Untuk rekod, penyanyi berusia 29 tahun ini mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun 2023 dan mereka dikurniakan anak bernama Aya Rayana pada Ogos tahun lalu.
undefined