Hiburan

Han Byul Tampil Dengan Lagu Bahasa Melayu Kedua Berjudul Retak

gempak
Asraf Aided
06/03/2020
09:31 MYT
Sponsor Banner
Han Byul Tampil Dengan Lagu Bahasa Melayu Kedua Berjudul Retak
Juara Big Stage 2019, Han Byul kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Retak.
Single tersebut ditulis oleh Amylea Azizan dan mendapat khidmat Farouk Roman selaku komposer.
Kali pertama bekerja dengan Farouk, Han Byul akui, proses rakaman Retak membuka matanya dalam mendalami aspek penyampaian lagu Bahasa Melayu, terutamanya dari sudut emosi.
"Single Retak sebenarnya menguji saya supaya lebih memahami tuntutan sesebuah lagu, terutamanya dalam menyalurkan emosi, ia antara aspek penting dalam proses rakaman sesebuah lagu.
"Saya semakin selesa untuk meletakkan emosi pada setiap perkataan, malah berusaha menterjemahkan perasaan itu dengan cara tersendiri.
"Penguasaan bahasa Melayu yang semakin baik dan sebutan perkataan yang lebih lancar membuatkan saya lebih yakin ketika merakamkan single ini", katanya.
Dalam pada itu, Han Byul menambah, single Retak merupakan antara lagu yang paling sukar dirakamkan sepanjang dia bergelar penyanyi.
"Saya akui, Retak adalah antara lagu yang paling sukar yang pernah saya rakamkan sepanjang perjalanan kerjaya sebagai penyanyi.
"Kesukaran paling utama adalah untuk mengangkat kesedihan dan menerapkan emosi yang mendalam pada lagu ini," katanya lagi.
Retak boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, KKBox.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live