Usahawan produk kecantikan Hana Azraa berharap agar Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berhenti bermain dengan emosi kerana ia merumitkan lagi kemelut antara mereka.

Masih menganggu dengan menghantar mesej di DM, Hana berkata PU Abu sepatutnya kena menerima takdir kisah rumah tangga mereka sudah lama berakhir.

Mohon Berhenti Bermain Dengan Emosi

“Mengarutnya dia ni ya Allah. Kalau saya tak update macam ni, awak rasa awak akan berhenti? Tidak kan? Dan saya yakin, awak takkan pernah berhenti. Awak takkan serik. Dan takkan ambil pengajaran atas setiap apa yang berlaku.

“Tak ada isu undur diri kalau tak merajakan emosi kamu. Walaupun dah berpisah, kita mash ada tanggungjawab pada amanah yang Allah bagi. Jangan selfish. Jangan perjuangkan perasaan dan emosi yang sementara.

‘Kisah rumahtangga kita dah lama habis. Pujuk hati untuk terima takdir. Dunia ni memang tak adil kan? Tapi ingat, segala perbuatan kita akan dihitung di mahkamah Allah yang Maha Adil,” tegasnya.

Malah Hana menegaskan dia tidak akan menerima semula PU Abu selepas bekas suaminya itu pernah membuka aib dan memfitnahnya menerusi siaran langsung sebelum ini.

PU Abu Buka Aib & Fitnah Hana

“Saya hanya terima untuk kamu jalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada anak saya. Untuk lebih dari tu, maaf. Saya perlu ingatkan semula apa yang berlaku sewaktu di Madinah dan Jeddah sebab awak buka aib dan menfitnah saya tanpa saya balas dengan sebarang kata.

“Kerana memikirkan keriaya dan tanggungjawab yang awak ada. Sebab tu saya memilih untuk diam. But i think its too much. Benda yang dah lepas antara kamu dan saya ambil pengajaran. Dah tak dapat undur dah masa.

“Kuasa talk tu bukan pada saya tapi pada mulut awak yang semudah-mudahnya lafaz. Saya dah cakap semalam, cukup membesarkan emosi. Ada benda yang lebih besar dalam hidup ni yang perlu kita usahakan.

“laitu suasana kehidupan yang baik untuk anak anak walaupun dah berpisah. Jangan manipulate keadaan lagi. Because i had enough. Cukup orang pandang saya dengan pandangan yang buruk. Cukup,” katanya lagi.

BACA: Hana Azraa Dedah Mesej PU Abu Luah Rasa Rindu, Mohon Berhenti Jadi ‘Selfish’ - “Saya Masih Ingat Pada Hari Kamu Manipulasi…”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.