Hiburan
Hana Azraa Selesa Keluar Dengan Bekas Suami & Pasangannya... "Sarah Ambil Berat Pasal Anak-Anak"
Bekas isteri PU Abu, Hana Azraa akui semakin selesa untuk keluar bersama bekas suami pertama dan pasangannya demi anak-anak.
Dedah Hana, biarpun pada mulanya kekok dengan wanita yang dipanggil Sarah itu, lama-kelamaan dia boleh menyesuaikan diri dengan keadaan terbabit.
"Awal-awal dulu kekok juga sebab iyalah tak pernah kenal orangnya in person. Kenal pun melalui telefon.
"Bekas suami saya yang ceritakan kepada saya. Tetapi selepas beberapa kali berjumpa dan keluar sama-sama, melihat cara dia melayan anak-anak saya, saya pun tumpang gembira untuk bekas suami," katanya.
Dalam pada itu, Hana turut merasakan wanita pilihan bekas suaminya itu adalah calon terbaik yang layak untuknya.
"Dapat seseorang yang lebih baik bersama, ambil berat pasal dia dan anak-anak, saya tak nak minta lebih pun dari Sarah.
"Sebab sebenarnya kita semua pun berusaha sama-sama untuk rapat dengan anak-anak. Jadi, anaklah paling beruntung dalam situasi ini bab kasih sayang," ujarnya.
Hana bagaimanapun menegaskan hubungan PU Abu masih baik.
"Hubungan dengan abi Mateen dan Ain semuanya Alhamdulillah baik-baik je," kongsinya.
Hana tampil bercerita mengenai kisah kehidupannya kini apabila diajukan soalan mengenai sikap profesionalnya yang masih boleh keluar bersama bekas suami dan pasangan baharunya.
Sebelum mendirikan rumah tangga dengan PU Abu, Hana pernah berkahwin dengan seorang jejaka dan dikurniakan seorang cahaya mata, Afifah Aisyah, 4 tahun.