Hancur Hati Nabila Huda Tengok ‘Anak’ Tanggung Kesakitan & Terseksa - “Kalau Tak Mampu Jangan Tahan, Mummy Dah Reda”
Asyikin Mayudin
29/09/2024 07:55 MYT
29/09/2024 07:55 MYT
Siapa pencinta kucing pasti memahami perasaan pelakon terkenal Nabila Huda yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan haiwan kesayangannya dalam keadaan sakit dan semakin lemah.
Semakin lemah
Nabila atau mesra disapa sebagai Abil menerusi Instagram berkata hatinya hancur melihat keadaan kucingnya diberi nama Aoki yang sedang menanggung kesakitan dan terseksa.
“Aoki masih lemah pagi ni. Abil dah cakap kat dia, kalau dia tak mampu, jangan tahan. Mummy dah reda… Abil dah cakap dia juga, nanti 1st thing yang Abil akan minta dalam syurga nak jumpa Aoki.
“Tapi dia tetap kuat semangat. Dia fight juga ni. Mummy menangis bukan sebab tak rela. Mummy menangis sebab sedih Aoki kena menanggung kesakitan dan terseksa. Hancur hati tengok anak kite suffer macam ni,” kongsinya.
Boleh beri makan & ubat
Pada perkongsian yang sama, anak kepada penyanyi Amy Search ini bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila dia dan suaminya dapat memasukkan air dan beri makan serta ubat kepada kucingnya.
“For now, yang paling lega kitaorang dah boleh masukkan air, bagi makan on time, bagi ubat melalui tube. Iv drip pun continiously bagi since yesterday.
“Abil dah cakap kat dia semua orang doakan Aoki sihat. Terima kasih semua,” ujarnya.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak melihat keadaan kucing Nabila yang kelihatan sudah lemah namun tetap kuat bertahan.