Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Hancur Hati Saya Melihatnya" - Mentua Sedih Puteri Sarah Bawa Diri Beraya Di Luar Negara

Amri Hassan
15/04/2023 12:27 MYT
Ibu mentua kepada Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sedihnya apabila mendapati menantu kesayangannya itu bakal meraikan Aidilfitri di luar negara.

Tulis Patimah di Instagram Stories, dia turut berduka cita apabila terpaksa berjauhan dengan Puteri Sarah dan cucu-cucunya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

"Hari Raya, Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka!" tulisnya dalam hantaran yang lengkap dengan emoji hati retak itu.

Hantaran terbabit turut diiringi dengan Air Mata Syawal nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tindakan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes perceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul yang bakal berakhir 18 April ini.

Sebelum ini Patimah memberi sokongan penuh dan kata-kata semangat mengenai apa sahaja keputusan yang diambil oleh menantu serta anaknya mengenai masa depan perkahwinan mereka.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata.

#Syamsul Yusof #Puteri Sarah Liyana #Aidilfitri #Datin Patimah Ismail
;