Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hand Sanitizer Habis? Jom Ikuti Tutorial Linda Onn Hasilkan Hand Sanitizer Sendiri

Fiza Kamarudin
26/03/2020 14:23 MYT
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April depan, ramai di antara kita mula bimbang.

Tambahan lagi apabila alat pencegahan seperti Mask dan Hand Sanitizer semakin sukar didapati dan jika ada pun, harganya melambung tinggi!

Menyedari hakikat itu, penyampai radio Linda Onn berkongsi cara membuat Hand Sanitizer sendiri dengan menggunakan daun lidah buaya.

Linda Onn kongsikan cara membuat hand sanitizer di laman sosialnya dan video berdurasi 5 minit 10 saat itu menerangkan langkah-langkah menghasilkan hand sanitizer sendiri.

Bahan – bahan yang digunakan untuk membuat Hand Sanitizer:

1. 4 keping daun Alor Vera

2. Alkohol

3. Essential oil – Serai

Cara penyediaan :

1. Potong 4 keping daun alor vera dan ambil isi dalam

2. Blenderkan isi Alor Vera tadi

3. Tapiskan cecair Alor Vera tersebut

4. Gunakan 30ml cecair Alor Vera

5. Letak 20ml – 30ml cecair alcohol

6. Tambah sedikit essential oil (serai)

Selamat mencuba!

Linda baru belajar buat hand sanitizer. So hari ni try buat. Untuk kegunaan sendiri ya..bukan untuk dijual ?. Hari tu beli sebotol kecik sampai RM38 kena bayar. So ni dah alang2 ada tanam aloe vera kat rumah, baik manfaatkan. Banyak free time Linda dalam rumah. Sentiasa cari aktiviti supaya tak bosan. Stay safe guys! Kalau tak kena keluar bekerja, #juststayatHome . Thank you for watching!

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on

Hand Sanitizer atau hand antiseptic adalah cecair berbentuk gel diaplikasikan pada tangan dengan tujuan untuk membunuh bakteria patogen yang boleh menyebabkan penyakit.

Terdapat juga hand sanitizer yang dicampurkan dengan pelembap seperti glycerin yang bertujuan untuk menghaluskan kulit dan ada juga menggunakan pewangi untuk memberikan ia kekal harum ditangan.

Kepada anda semua patuhi PKP dan kekalkan langkah-langkah pencegahan. #Staysafe #dudukrumah

#Linda Onn #COVID-19 #Hand Sanitizer DIY
;