Laman Utama
“Handsome, Muka Mama Sangat!”- Mira Filzah Perkenal Wajah Anak Selepas 5 Bulan
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah akhirnya memperkenalkan wajah anaknya, Wan Khai Amir buat pertama kali selepas lima bulan dilahirkan.
Perkongsian tersebut turut dilakukan suaminya, Wan Emir Astar dalam Instagram masing-masing.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Papa dan mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air,” tulisnya.
Dalam entri berkenaan mereka berkongsi potret keluarga dengan busana baju Melayu berona hijau.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya termasuk rakan artis yang memuji kecomelan wajah puteranya.
“Handsome muka mama sangat,” komen salah seorang pengikutnya.
“Alalao Amir senyumlah comel,” puji salah seorang netizen.
Mira, 29 dan Emir, 32, bernikah pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran putera sulung yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Must-Watch Video