"Hang Takda Alasan Nak Menikah Satu Lagi" - Erma Fatima Tuju Kat Siapa Ni?

Asraf Aided
Oktober 29, 2018 09:15 MYT
Pelakon dan pengarah popular, Erma Fatima berkongsi sebuah video ketika majlis 'baby shower' yang diadakan oleh adiknya, Betty Rahmad.
Video itu dimuat naik menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
"Nikmatnya kurniaan Allah pada perempuan mengandung, sembilan bulan itu yang paling indah.
"Alhamdulillah adik saya mampu melahirkan zuriat buat suaminya, Ardy Damis.
"Kepada Ardy, hang takda alasan nak menikah satu lagi," tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.
Selain itu, Erma turut menyatakan dia menginginkan seorang bayi perempuan dari kandungan Betty, namun dia masih gembira walaupun sudah diketahui bakal anak saudaranya itu adalah seorang bayi lelaki.
#Erma Fatima