Adik kepada arwah Benjy, Elza Irdalynna mendedahkan perbualan terakhir menerusi aplikasi WhatsApp bersama abangnya semalam.

Menurut Elza, abangnya meminta dia supaya bertahan memandangkan penularan kes COVID-19 di Malaysia semakin meningkat sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown) perlu dilaksanakan.

“Mesej terakhir Ben pada saya adalah diminta untuk ‘hang in there’. Walaupun dia di dalam penjara, dia tetap memberikan sokongan, tetap menjadi abang saya.

“Ingatlah untuk sentiasa berbuat baik dengan orang yang anda sayang. Anda tidak tahu bilakah waktu terakhir anda boleh bercakap dengan mereka,” tulis Elza menerusi satu ciapan di Twitter.

Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya menitipkan ucapan takziah dan bersedih di atas pemergian anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty itu.

Takziah to ur family. I grew up with ur mom's & ben's drama. I really adore them both. It was heartbreaking to read the news of her passing away years ago and it was heartbreaking too yesterday to know about Ben, Hang in there,” komen seorang wargamaya.

Alfatihah to Allahyarham Benjy. Semoga rohnya ditempatkan kedalam orang yang beriman. Jangan pernah putus berdoa pada mama dan abang. Doa anak yang solehah InshaaAllah akan sampai kepada ibu dan ahli keluarga disana,” pesan seorang wargamaya.

Al Fatihah to Benjy. I grew up with drama/movie from both seniwati and him,” kata seorang wargamaya.

I feel you dear… he’s one of the best actor i like,” tulis seorang wargamaya lagi.

Pada Ahad, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit asma.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.