Hangat Kes Keganasan Rumah Tangga, Ustaz Don Titip Nasihat & Kongsi Doa Untuk Wanita – “Ibu Bapa Bentuk Kita Bukan Untuk Dipijak-Pijak”
Jangan Doa Saja
Menurut Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, seseorang wanita yang diperlakukan sebegitu perlulah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berwajib dan bukan bergantung kepada berdoa sahaja.
“Pertama, kalau ia melibatkan kekerasan rumah tangga, jangan doa saja, kena lapor pada polis dulu.
“Mesti kena sayang diri sendiri dulu, diri kita ibu bapa bentuk kita bukan untuk dipijak-pijak, jadi wanita perlu sayang diri dia dulu,” katanya kepada Gempak.
Wanita Dicipta Untuk Disayangi
Kongsi Don lagi, dia memetik petikan daripada ulama tentang wanita tidak dicipta untuk dikasari sebaliknya untuk disayangi dan dicintai.
“Kata ulama, wanita tidak diciptakan dari tulang kepala tengkorak untuk dijadikan ketua semata-mata dan tidak diciptakan perempuan daripada tulang kaki untuk dipijak dan tidak juga diciptakan daripada tulang punggung (tempat tak baik) tetapi diciptakan daripada tulang rusuk yang bersebelahan dengan hati untuk disayangi dan dicintai.
“Wanita perlu tahu diri sendiri dahulu, kalau sampai ‘naik tangan’ itu sudah kasar.
“Dalam Islam jika berlaku kekerasan, perlu mengadu dan berdoa,” kongsinya.
Dalam masa sama, Don turut berkongsi sebuah doa untuk memohon diberi kemudahan daripada sebarang kesulitan.
“Doa berbunyi seperti: “Ya Allah, apa-apa perkara baik yang kau nak turunkan pada aku, aku perlu” – Surah Al Qasas ayat 24,” kongsinya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tular beberapa selebriti menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga sehingga mengalamai kecederaan fizikal dan memtal yang teruk.