Haniff ERA Berjaya Laksanakan Cabaran Sebagai Penjual Ayam

Elrafaei Sapi
Mei 24, 2018 09:41 MYT
Penyampai radio ERA, Haniff Hamzah berkongsi pengalaman sebagai penjual ayam daripada memproses ayam mentah di pasar sehingga ia dijual kepada orang ramai.
Dalam satu video yang dimuat naik semalam, Haniff menunjukkan dia berada di Pasar Borong Selangor di awal pagi untuk memotong ayam menggunakan mesin.
Aksi Haniff itu menarik perhatian netizen di media sosial yang turut memberi sokongan kepadanya termasuk ada yang berasa seram melihat aksi Haniff bersama ayam yang dipotong dengan mesin.
Dengan hashtag #haniffjualayam dan #ayambakartong, Haniff melakukan penyediaan ayam dari proses memontong ketika di pasar sehingga ia dimasak sebagai menu ayam bakar tong yang dijual di bazar Ramadan di Pandan Indah.
Dia yang kelihatan comot pada pakaian ketika di bazar tersebut juga berkongsi gambar dia membakar ayam dengan menggunakan arang.
Rakan setugasnya, Johan juga hadir bersama isterinya, Ozlynn ke bazar itu untuk memberi sokongan pada Haniff.
Dia juga mengenakan uniform berwarna merah turut serta bersama penjual Cube Truck menjual 40 ayam bakar tong pada hari tersebut.
"Terima kasih kerana memberikan pengalaman berbeza, ada juga orang berpuasa melakukan kerja berat macam ini," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @haniff_hamzah
#Era #Era #Haniff Hamzah