Pelakon Hanis Kamal Bakar memberi tempoh sehingga hujung minggu ini kepada pemilik sebuah akaun TikTok yang menularkan gambar lamanya bersama pelakon Ira Kazar supaya menurunkan perkongsian tersebut secara serta merta.
Hal ini kerana, disebabkan gambar berkenaan mula viral, ramai yang mula beranggapan bahawa Hanis pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Ira sehingga ada juga menuduh dia merupakan bekas kekasih wanita itu.
“Saya mula mendapat tahu yang gambar saya viral selepas beberapa pengikut menyebut-nyebut nama Ira Kazar ketika saya sedang bersiaran langsung di TikTok. Ada juga yang meninggalkan komen seperti ‘Woi ex Ira.
“Pada waktu itu saya jadi terpinga-pinga. Tapi, saya anggap sahaja ia gambar lama. Sehinggalah tengah hari semalam, adik ipar saya berkongsi akaun sebenar yang memuat naik video yang turut memuatkan gambar saya bersama Ira. Pada kapsyen video tertulis #HanyaMerekaYangTahu.
“Hal ini amat membimbangkan kerana secara tiba-tiba saya terlibat dengan Ira. Ya, saya baik dengan Uncle Kazar dan kenal Ira sejak kecil. Dan dalam masa sama saya juga baik dengan Puteri Sarah. Jadi, saya tidak mahu rosakkan hubungan dengan kedua belah pihak,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Hanis berkata, dia juga telah membuat laporan polis untuk melindungi diri selain keluarga, kairer dan juga bisnes.
“Sebab boleh datangkan fitnah, jatuhkan career, rosakkan hubungan saya dengan kedua belah pihak dan juga mengganggu hubungan bisnes saya. Founder produk pun ada tanya saya tentang hal ini. Lagipun, zaman sekarang netizen ni kadang-kadang bila salah faham tak selidik betul-betul, mereka terus kecam.
“Jadi, pihak boleh berkata, jika pengguna TikTok itu tidak juga padamkan video tersebut, saya boleh merujuk terus kepada SKMM untuk tindakan lanjut. Menurut pegawai polis berkenaan, saya boleh terus minta SKMM untuk memadamkan video tersebut tanpa memberitahu tuan empunya akaun,” kongsi Hanis sambil memberitahu telah memaklumkan hal ini kepada Sarah.
Hanis turut berkata, dia faham ramai yang sedang bercakap mengenai isu ini dan mencipta kandungan untuk platform masing-masing. Tetapi, janganlah sampai keterlaluan dan memberi efek pada orang lain.
“Andai kata dia memang buat content itu untuk menyedarkan orang ramai dan memasukkan gambar saya secara tak sengaja, dia boleh sahaj turunkan dan isu ini akan selesai. Jika tidak, saya akan ke SKMM untuk tindakan lanjut,” tutup Hanis.
Izwan Isa
Thu Jul 07 2022


“Nasihat Saya Kepada Yang Belum Kahwin Lagi…”- Neelofa Kongsi Pengalaman 2 Tahun Berkahwin
Neelofa dan PU Riz sambut anniversary kedua

Farid Kamil Akhirnya Jumpa Anak? Bawa Pergi Masjid, Puji Muhammad Berpuasa –“Jangan Kita Biarkan Kezaliman…
Farid Kamil luang masa dengan anak di masjid

Sherie Merlis Kesal Dengan Berita Dia Meninggal Dunia - "Ia Bukan Sekadar Buat Keluarga Dukacita & Terkejut Malah..."
Berita Sherie Merlis meninggal dunia tak benar

Daiyan Trisha Sekali Lagi Tunai Umrah Di Bulan Ramadan - "Tak Sabar Nak Jumpa Cinta Hati"
Alhamdulilah manisnya Daiyan

"Saya Siap Bayar Lebih"- Serah Bukti Ketidakmampuan Kepada Mahkamah, Sam Bunkface Bidas Kenyataan Bekas Isteri Termasuk Isu Mengabaikan Anak
Sam Bunkface Bidas Kenyataan Bekas Isteri Termasuk Isu Mengabaikan Anak

Amelia Henderson Tetap Dengan Prinsip Diri Jika Masuk Miss Universe - "Kalau Pakai Bikini, Saya...."
Jom sokong Amelia

Tiada Sempadan Lontaran Suara! Aru Peruzza, Radhi OAG & Fathul Spiral Kinetic Circus Reunion Dalam Pekik
Best!

Isteri ND Lala Dedah Wajah Seorang Wanita Dengan Gelaran Penyondol
Siapa penyondol itu?

Filem Gold Angkat Kisah Kejayaan Jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou!
Filem berdasarkan kisah benar

"Kami Dah Get Back Together"- Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bertaut Kembali
Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bertaut Kembali