Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Hanis Zalikha Kongsi Tips Atasi 'Morning Sickness'

Zulaikha Yusof 26/02/2019 | 04:21 MYT
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha berkongsi tips untuk mengatasi 'morning sickness' ketika hamil.
Menurut Hanis pada permulaannya dia selesa mandi menggunakan air suam namun begitu badannya sentiasa lemah serta kerap berasa loya.
Hanis membuat keputusan untuk menukar kepada air biasa selepas terdengar di radio mengenai kebaikan mandi ais tetapi wanita hamil tidak dibenarkan mencuba.
Tambah isteri kepada aktor Hairul Azreen ini berkata cara tersebut telah memberi kekuatan kepada badan dan semangat untuk dirinya.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar.
#Hanis Zalikha
;