Hiburan
Hanis Zalikha Kongsi Tips Elak Luka Jika Anak Kerap Menggaru Kerana Kulit Kering
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha berkongsi cara untuk anak kecil yang mengalami gatal kulit.
Hanis berkongsi tips tersebut menerusi akaun Instagram anak perempuannya, @thealisaaisyah semalam.
Menurut Hanis, dia mempraktikkan cara tersebut untuk anak keduanya, Alisa untuk menggelakkan luka pada kulit apabila menggaru.
“Bila kulit kering, Alisa asyik nak menggaru. Jadi Mommy cari ‘teething glove/mitten’ yang hujung full getah macam ni supaya dia tak ralit sangat garu.
“Kalau garu pun kulit merah tu sekata, tapi takkan luka. Teething glove ni sebenarnya untuk bayi gatal gusi, jadi dia sedap buat gigit-gigit.
“Tapi nak halang Alisa directly touch her skin, Mommy pun cuba beli ni. Tambahan, teething glove jenis ni bila kena air liur dia cepat kering sebab materialnya bukan cotton macam sarung tangan biasa,” kongsinya.
Terdahulu, Hanis dan aktor Hairul Azreen telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.