HIBURAN

Hannah Delisha Pakai Tudung Jersi, Kulit Wajah Jadi Perhatian, Netizen Komen - “Kenapa Sunburn Dia Pun Aesthetic Ni, Comey Do’oh”

Mya Amri 06/06/2025 | 08:20 MYT
Pelakon, Hannah Delisha tetap menjadi perhatian netizen walaupun hanya dengan penampilan yang sederhana.

Penampilan sederhana pun tetap cantik

Menerusi hantaran terbaharu di TikTok dan Instagram miliknya, Hannah memuat naik beberapa siri foto merakamkan dirinya yang memakai tudung jersi dan busana berwarna putih sambil tersenyum memandang kamera.
Tidak perlu bergaya berlebihan, hanya sekadar menyarungkan tudung selimpang pun sudah terserlah kecantikan Hannah.
Malah di ruangan komen juga, rata-rata netizen memuji kecantikan pelakon itu walaupun ada yang mengatakan wajahnya kelihatan sedikit ‘sunburn’ namun tetap nampak cantik.
Difahamkan foto-foto tersebut diambil ketika Hannah bercuti bersama suaminya iaitu pelakon, Imam Shah di Maldives.
Untuk rekod, Hannah mendirikan rumah tangga dengan Imam Shah pada 18 Februari 2021.
#Tudung #Cantik #Hannah Delisha #Sunburn #Tudung Jersi