gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Shasha Abedul Sah Jadi Isteri Adam Dengan Sekali Lafaz - “Sebelum Akad Nikah Memang Rasa…”
HIBURAN
Polis Siasat Motif Artis Legenda 'Serang' Shila Amzah
HIBURAN
Nafi Bakal 'Naik Pelamin', Chacha Maembong Tak Mahu Tergesa-Gesa Soal Jodoh - “Saya Tak Berani Nak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hans Isaac Bakal Kahwini Miss Tourism International Pada 29 Julai Ini

helmi_zainalabidin
helmi_zainalabidin
28/02/2017
07:43 MYT
Sponsor Banner
Hans Isaac Bakal Kahwini Miss Tourism International Pada 29 Julai Ini
Pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya pada 29 Julai 2017.
Pemilik nama penuh Gerald Hans Isaac, 46, membuat pengumuman untuk berkahwin dengan Gabriella Robinson di Hotel Majestic, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Gabriella, 28, merupakan pemenang Miss Tourism International 2012 dan mereka sudah melangsungkan pertunangan pada 29 Januari lalu.
"Saya sudah melamar Gabriella pada Januari lalu di The Cathedral of the Good Shepherd Church di Singapura. Gereja tersebut merupakan tempat yang istimewa untuk saya kerana ibu bapa saya melangsungkan perkahwinan di situ," kata Hans kepada Astro Gempak.
Mula berkenalan pada tahun 2011, pertemuan Hans dan Gabriella bermula sebagai seorang kenalan.
"Kami bertemu pada tahun 2011. Saya menjadi juri untuk pertandingan ratu cantik yang Gabriella sertai. Selepas itu, kami tidak pernah bersua.
"Selepas beberapa tahun, kami berjumpa dan bersahabat. Setahun yang lalu, kami mula rapat dan menjalinkan hubungan.
"Dia sahabat baik saya, kami mengambil masa untuk berkenalan dan saya yakin dia adalah orangnya. Dia seorang yang baik dan saya sudah bersedia untuk menjadi suri hatinya," katanya lagi.
Hans dan Gabriella bakal melangsungkan perkahwinan di St. John Cathedral Church, Kuala Lumpur pada 29 Julai. Majlis resepsi akan diadakan pada malam yang sama di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Teks: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#Datuk Hans Isaac
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement