Hans Isaac Juara Celebrity Car Wars Musim Ketiga

Badrul Hashim
Oktober 29, 2018 02:30 MYT
Celebrity Car Wars yang masuk musim ketiga menyaksikan Dato Hans Isaac muncul juara. Celebrity Car Wars melibatkan para selebriti daripada Malaysia, Singapura, Filipina dan juga Thailand.
Celebrity Car Wars bukan sahaja melibatkan perlumbaan tetapi juga pelbagai cabaran sengit yang perlu dilakukan oleh setiap peserta.
Antara selebriti yang bertanding untuk musim ketiga ini adalah Xian Lim, Munah Magharib, Diago Loyzaga, Lydia Sarunrat, Matthew Deane dan Hans Isaac sendiri. Celebrity Car Wars ditayangkan di Astro saluran History Asia.
#Dato Hans Isaac