Laman Utama

Hantar Anak 5 Tahun Sekolah Ke Perancis, Netizen ‘Bengang’ Isteri Ahli Politik Boleh ‘Fly’ Ke Luar Negara?

gempak
Syafiqah Jalal
02/07/2021
06:13 MYT
Sponsor Banner
Hantar Anak 5 Tahun Sekolah Ke Perancis, Netizen ‘Bengang’ Isteri Ahli Politik Boleh ‘Fly’ Ke Luar Negara?
Pada saat rakyat Malaysia sedang bimbang dengan kes harian Covid-19, ditambah pula dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tular pula kisah seorang isteri kepada ahli politik dilihat ‘terbang’ ke luar negara bersama anaknya.
Difahamkan isteri ahli politik itu ke Perancis untuk menghantar anaknya yang berusia 5 tahun bersekolah di sana.
Ibu kepada seorang anak itu dilihat memuat naik foto dan video sedang menaiki kapal terbang di akaun Instagram miliknya.
Sementara di akaun Twitter milik @meinmokhtar juga turut mendedahkan hal yang sama.
Hal ini membuatkan ramai netizen yang ‘bengang’ serta tidak berpuas hati melihat perkongsian tersebut.
Malah berang kerana negara masih berada dalam situasi total lockdown dan rakyat juga tidak dibenarkan merentas negeri apatah lagi ke luar negara.
Walau bagaimanapun, menerusi Instagram isteri ahli politik berkenaan, beliau ada mempersoalkan mengapa netizen mengecamnya sedangkan beliau tidak mempunyai kuasa.
Jadi, beliau meminta agar orang ramai menghentam mereka yang mempunyai kuasa dan bukan dirinya.
Dalam pada itu isteri ahli politik itu turut menjelaskan anaknya itu dilahirkan di Perancis dan diwajibkan bersekolah di sana sehingga usia 16 tahun.
Malah dia meminta semua yang mengecamnya supaya tidak menjaga hal peribadinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024