Pelakon Nora Danish berkongsi rasa hiba apabila terpaksa berpisah dengan anak sulungya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12.

Rayqal dihantar ke Kolej Tunku Ja’afa (KTJ)r, yang terletak di Mantin Negeri Sembilan pada Ahad untuk meneruskan pelajarannya di sana.

Menerusi hantara di Instagram, Nora berkongsi momen ketika bertemu Rayqal di KTJ dan dia gagal mengawal emosinya di sana.

Nora dilihat memeluk dan menangis sambil memeluk erat Rayqal.

“Sedih hari ini, baru sekolah dekat tak jauh pun dari rumah. Macam mana nkk hantar anak jauh-jauh pergi London, saya memang tak boleh.

“Awak kekuatan dan sebab mommy menjadi diri mommy hari ini. Sebab awak, sayang. Mommy sayang awak.

“Mommy akan rindu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy mesti kuat untuk awak, sayang!,” katanya.

Selain Nora, bekas suami yang juga bapa Rayqal, Rizal Ashram Ramli atau Jejai turut berkongsi beberapa potong video di laman sosial Instagram.

Menerusi hantaran tersebut Jejai menitipkan kata-kata semangat disamping mengucapkan rasa sayang kepada Rayqal.

Namun apa yang menarik perhatian ialah, komen suami Nora, Mohamed Nedim Mohamed Nazri atau Boss Ned menarik perhatian warganet.

Boss Ned sempat mengusik isterinya dengan menulis di ruangan komen Jejai dia membawa tuala ke KTJ kerana Nora tidak berhenti menangis sepanjang perjalanan.

“Sabar jap, mommy dalam keta otw KTJ ni tak stop nangis…Sabar jap, Daddy Chief dah bawa towel ye bukan tissue,” tulisnya.

Komen tersebut kemudiannya di balas Jejai dengan emoji ‘tepuk dahi’ dan menulis “adoi!”

Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Nora kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Boss Ned pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.