Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hantar Bayi Guna Khidmatan Kurier Ke Rumah Anak Yatim, Wanita Dikritik Netizen

Rozaimi Zubaidi
16/08/2017 13:03 MYT
Seorang wanita telah dikritik oleh netizen kerana tindakannya menghantar bayi yang baru dilahirkan ke rumah anak-anak yatim dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

Menerusi sebuah yang viral di Facebook, orang ramai mula mengerumuni bayi malang tersebut, setelah pekerja penghantaran mula menyedari satu bungkusan yang dibawanya itu bergerak dan menangis.

Orang ramai dilihat memberikan air kepada bayi itu sebelum menunggu pihak berkuasa tiba dan dibawa ke hospital.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut melahirkan rasa marah terhadap wanita itu serta mereka mengakui terkejut dengan tindakan yang dilakukan.

@RosliAbu12: "Wanita yang tidak berhati perut. Kesian bayi yang tidak bersalah itu, sekurang-kurangnya hantar la sendiri ke rumah anak yatim."

@TaimuAla: "Manusia zaman sekarang sudah mula hilang pertimbangan. Ingat barang ke nak main pos begitu sahaja. Guna la otak tu sikit."

@EngkuAzreen: "Sepatutnya orang seperti ini yang patu dibalut dengan plastik hitam dan dibiarkan di bawah cuaca panas. Baru tahu apa rasa,"

@Parshali: "Pandai buat anak tak tahu jaga. Apa agaknya yang difikirkan. Mungkin ibu kepada bayi itu sudah gila ke?"


Kejadian tersebut dikatakan berlaku di China dan insiden berkenaan hangat diperdebatkan.

Sementara itu menurut laporan Shanghaiist, ibu bayi berkenaan yang berusia 24 tahun telah ditahan kerana mengabaikan bayinya.

#Viral #Viral #Berita Viral
;